apa yang dicari??

Thursday, September 3, 2009

puasa oh puasa..


ye..kita masih lagi berada dalam bulan yang penuh keberkatan..bulan yang penuh rahmat dan keampunan..bulan yang diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan..
hari ini..dah hari khamis..maknanya dah 3hari persekolahan bermula selepas cuti pertengahan semester ke-2 hari tu..so buka sekolah dah puasa..memang menyeronokkan..bagi budak-budak sekolah la..yang tak laratnya..yang semangatnya..dan macam-macam lagi..huhuhu...ni termasuk juga laa cekgu-cekgunya..
ok..bila sebut pasal dugaan..aku nak story tentang ketabahan seorang kanak-kanak ni..nama dia nureen syarafina zulaikha bt ahmad radhuan..atau lebih di kenali dengan syasya..umur 4tahun..ok..gegurl ni anak kepada kak yanz..cekgu yang duduk di sebelah kanan meja aku ni..
tadi setelah tamat waktu tadika beliau..beliau duduk di tempat ummi beliau..sambil bermain-main..barangan ummi beliau..bila nampak aku datang..terus beliau berlari mendapatkan aku pula..hahaha..jangan jeles eh..budak kecik ni memang manja ngan aku..lalu aku pun bertanya la..
aku : "sya puasa??"..
syasya: "puasa lah"..
aku: "sya nak air??"..
syasya: "tak nak"..
aku : "kenapa tak nak?"
syasya: "sebab puasalah..kalau puasa mana boleh minum..makan pun tak boleh..BERDOSA tau"

pastu beliau terus turun dari pangku aku..dan bermain dengan rakan-rakan beliau yang lain..atau lebih dikenali sebagai GENG BAS SEKOLAH MIFTAHUL ULUM...kekadang kesian aku nengoknya..tak larat sangat dah..tapi beliau tetap bersabar dan meneruskan juga puasa beliau..kerana beliau nak juga teruskan puasa..orang suh buka pun dia tak nak..melainkan setelah masuk waktu berbuka..

berehat keketika..selepas penat bermain bersama Geng bas sekolah Mfitahul Ulum


terlelap kepenatan selepas puas makan dan minum berlari..



itu lah kesah kesabaran budak kecil ni..so..yang suka-suka ponteng puasa???tak rasa segan, silu dan malu ke kat budak sekecik macam ni??budak kecik pun boleh tahan..takkan kita yang dewasa ni..tak boleh tahan???so..SENDIRI MAU INGAT LAAAA

1 comment:

@>--ummi zahra--<@ said...

salam..
tq..sbb sudi jengah blog ummi zahra..so, selamat berpuasa yang ke 14..camner nak letak lagu dalam blog ek..?bley ajar x..?