apa yang dicari??

Tuesday, April 21, 2009

Kemelut mufti di Negeri Sembilan.

Kalau baca blog politik, Negeri Sembilan adalah antara yang paling sunyi kemelut ehwal semasa, pentadbiran negeri dan politik. Ia tidak diheboh-hebohkan di media blog atau media perdana seperti tv, radio atau akhbar. Terakhir adalah isu penamatan kontrak bekas mufti N.S. iaitu Dato' Mohd Murtadza Sheikh Ahmad. Yang lain agak senyap dan tidak dipanjang-panjangkan.

Isu penamatan kontrak ini sebenarnya lebih mengundang bala yang lebih besar kepada N.Sembilan khususnya hal ehwal agama negeri. Walaupun pengganti beliau iaitu Sahibus Samahah Dato' Yusuf Ahmad tidak kurang hebatnya namun belum apa-apa lagi beliau ditempangkan. Senjata buat beliau berjihad telah dirampas. Beliau terkapai-kapai keseorangan sementelah lagi timbalan mufti yang berkaliber dan orang lama dalam jabatan tersebut iaitu Ustaz Zaidi telah dipindahkan ke JAKIM, Putrajaya. Atas alasan apa?Wallahua'lam.

"Orang lain kalau tahu dalam sangkar tu ada harimau mesti tak mau masuk. Tapi saya ni pelik pulak" ujar Dato' Yusof.

Kini kemelut tersebut berpanjangan lagi dengan perletakkan jawatan Ustaz Suffian sebagai ahli majlis fatwa Negeri Sembilan, pemecatan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Mohd Khalil Sheikh Ahmad dan Dr. Mohd Farid Sheikh Ahmad juga sebagai ahli majlis fatwa negeri. Tidak nampak rasionalnya kenapa kes sebegini berlaku. Ini betul-betul menyedihkan.

Suatu yang dapat diketahui, pemecatan dan larangan Dr. Zul untuk berceramah bebas dihalang adalah kerana tuduhan keatas beliau sebagai Wahabi!. Kenyataan ini agak pelik lantaran banyak penulisan beliau yang menjurus kepada tasawwuf. Contohnya kitab syarahan Hikam hasil karangan beliau, kitab Bahjah an-Nufus, soal jawab A-Z tentang tasawwuf dan banyak lagi. Jadi tang mana wahabinya?.

Tuduhan keatas bekas mufti iaitu Dato' Mohd Murtadza bahawa beliau adalah Sheikh Wahabi langsung tidak dapat diterima memandang komitmen beliau yang baik pada Enakmen Tariqat serta menganjurkan beberapa siri seminar tasawwuf diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Isu ini hanya menjadi buah mulut dikalangan agamawan negeri dan tidak merebak kepada seluruh rakyat. Ia diam dan sunyi dari jadi bahan bualan masyarakat. Cukup cerdik orang nogori ghuponyo!!.

***

Lama gua pendam dan simpan isu ini dalam hati. Sakit hati bila ahli agama diperlakukan sebegini rupa. Artis pandai pulak ko puja dan jaga ye. Ban la Nabil tu kalau berani??

link:- http://lamputih.blogspot.com

1 comment:

♥♥cHeNta_tiEha♥♥ said...

oh.sy xsuke politik begini!

oh!deng...

;(