apa yang dicari??

Sunday, April 5, 2009

sekali lagi aku dilantik menjadi hakim

salam to all readers..kali nie aku nak postkan kisah aku menjadi hakim..buat kali ke dua aku dilantik untuk menjadi hakim pertandingan MTAQ @ Karnival Pendidikan Islam..

pada minggu lepas..aku telah pun menjadi hakim di sekolah menengah kebangsaan senawang..itu untuk daerah seremban 4..semalam aku sekali lagi menjadi hakim di sekolah menengah kebangsaan seremban 2..kali ini untuk daerah seremban 2.. macam biasa..aku menjadi hakim untuk pertandingan seni khat jawi..memang best jadi hakim untuk pertandingan ini..selama 1jam setengah..kita boleh relks..dan merayau sekejap sementara menunggu peserta menyiapkan hasil seni mereka..hehehehe...(sebab tu aku tak dapat hadir di sekolah aku untuk mesyuarat agung PIBG semalam~~bukan saja-saja tak datang ehh)

inilah wajah hakim yang adil lagi bijaksana..huhu

setelah sampai masa 1jam setengah..maka semua hasil dipungut untuk dinilai dan ditentukan juara..yang juara akan pergi ke peringkat negeri..yang akan diadakan pada 11 April 2009 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol..

kali ini..untuk menilai hasil meraka..memang agak sukar..berbanding pada minggu lalu..budak-budak kali ini..memang betul-betul berbakat dalam membuat dan menulis seni khat jawi..nasib baik 7 orang sahaja yang menyertainya..kalau 70 orang..tak tahu laa macam mana..huhuu..memang betul-betul mengambil masa yang agak lama untuk menentukan tempat pertama hingga tempat yang ke-3..tetapi walau macam mana pun..keputusan hakim adalah muktamad..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan..


inilah hasil-hasilnya..

sampai naik migrain para hakim dibuatnya nak tentukan juara..akhirnya aku dan 2orang rakan yang lain..membuat keputusan bahawa..hasil yang ini menjadi pilihan di hati kami bertiga..

inilah keputusan hakim-hakim yang bijaksana..

so tahniah kepada pemenang..dan selamat maju jaya di peringkat negeri nanti..yang tewas..tahun depan cuba lagi..

No comments: