apa yang dicari??

Loading...

Monday, April 20, 2009

Kursus Pemantapan Akidah dan Kecemerlangan Diri 1/2009


panjangkan tajuk entry aku kali ni kan??..hehehe..sebenarnya aku nak story tentang satu kursus yang telah diadakan oleh pihak sekolah aku untuk student UPSR 2009 sekolah aku..kursus ni dah pun berlangsung pada minggu lepas.. 14-16.4.2009 yang lalu..( dah
seminggu baru nak poskan entry nya)..hehehe..bertempat di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM, KM 17 Jalan Kongkoi, 71650 Titi, Jelebu, Negeri Sembilan..

seramai 50 orang murid yang terpilih untuk menghadiri kursus ini..kursus ini turut disertai oleh murid dari Sekolah Kebangsaan Sikamat Seremban..mereka pun menghantar seramai 50 orang peserta juga..( tempat ini boleh menampung 100 orang peserta sahaja dalam sekali kursus )..

sebelum kursus dijalankan..aku dan rakan sejawat aku yang merupakan guru penyelaras tahun 6 serta YDP PIBG sekolah aku telah dipanggil untuk bermesyuarat di pusat ini..bersama guru SK Sikamat..untuk membincangkan jadual dan modul yang akan digunakan semasa kursus ini...

isi kandungan kursus ini..memang bagus dan aku amat berpuas hati..satu motivasi untuk berjaya..dan dapat meningkatkan tahap keimanan murid terhadap Penciptanya..sepanjang 3 hari 2 malam kami semua berada di sana..memang laa best..tak payah fikir tentang sekolah sekejap..dan tak perlu fikir untuk menulis rekod mengajar..huhuhu..tapi..kene fikir kan murid yang berada di sini..kena standby kalo apa-apa yang terjadi pada murid...

jadual sepanjang kursus

sebelum berangkat pergi ke sana..sempat juga aku membuat sesi fotografi untuk bebudak ini bersama boss aku..( guru besar sekolah aku la )..korang tengok laa semangatnya mereka sebelum berangkat pergi.. (sampai sana..korang tahu laa nasib korang )..huhuhu...

peserta kursus siri 1

inilah serba sedikit gambar-gambar yang aku sempat snap sepanjang kursus..

menunggu ketibaan bas

ice breaking

LDK hari pertama

sahabat sama sekolah..yang kiri jadi cekgu macam aku..yang pakai baju batik
pengarah program ini..kedua-duanya sudah masih bujang 3..huhuhu


siar fikir

majlis penutup

barisan fasilitator

sebenarnya banyak lagi gambar-gmabr yang aku snap..tapi sebabkan internet slow untuk upload..aku upload yang penting-penting je laa..hehehe..

gambar kenangan SK Sikamat

gambar kenangan SK Desa Cempaka

memang seronok di sini..kemudahan yang disediakan..baik tempat penginapan dan makan..aku duduk sini selama 3hari..tak sempat nak berlapar..kerana makan disediakan 6kali sehari..huhuhu..dan aku bertemu dengan ramai rakan baru..dan insyaAllah..pada bulan hadapan..aku akan ke sana lagi..tapi kali ini lebih ramai murid UPSR yang akan ke sana..seramai 100 orang pula..

okies laa..setakat ini sahaja..untuk entry hari ini..aku nak select gambar-gambar yang sesuai untuk dicuci dan dijual kepada murid..bisne-bisnes..huhuhu..salam..daa~~

1 comment:

♥ cik intanurulfateha ♥ said...

.cikgu! .cikgu!
.saye lapoo
.jum teman g kantin :D