apa yang dicari??

Thursday, April 30, 2009

balas budi dengan doa

ini mungkin entry terakhir..sebabkan aku tak berapa sihat hari ini..dari tadi asyik terbersin..disebabkan selesema..

aku yakin dan percaya..dalam kehidupan bermasyarakat..kita tak terlepas daripada berbudi dan menerima budi daripada orang lain..betul tak???..tak kira la sama ada di rumah..pejabat..melalui jiran tetangga dan sebagainya..mahu tak mahu..kita kena belajar berbudi dan menerima budi dari orang lain..

berbudi tak semestinya dengan wang ringgit..tapi kita juga boleh berbudi dengan membantu atau menolong orang yang dalam kesusahan..tunjuk ajar..nasihat..sokongan dan macam-macam lagi..

manakala membalas budi..tidak semestinya dengan menabur kebaikan yang sama..tetapi memadai juga..kita membalas budi orang yang telah berbudi dengan kita..dengan cara BERDOA..kita mendoakan kebaikan untuk si budiman..

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :- "Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya. kalau kamu tidak berdaya membalasnya..berdoalah selalu baginya sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah berterima kasih kepadanya..kerana ALLAH sentiasa membalas kebaikan orang yang berbuat baik dan mengasihi orang yang bersyukur" Hadith riwayat Tabrani

mudah sangatkan kita nak balas budi orang yang berbudi kepada kita??..tetapi kenapa susah sangat kita nak mengucapkan TERIMA KASIH kepada orang yang telah berbudi kepada kita???so..renung-renungkan..dan fikir-fikirkan lah ya bersama..

oklah..aku nak berehat..sebab badan tak sihat..doakan agar aku kembali sehat..salam sejahtera..

2 comments:

Milimilo said...

bagus entri ni..baru tersedar..erm,get well soon ye :)

hakiminwizan said...

okies milimilo..nak milo secawan :p